Penceroboh Merdeka 118 telah ditangkap

KUALA LUMPUR – Insiden menceroboh menara tertinggi di Malaysia, Merdeka 118 yang tular baru-baru ini berlaku pada 1 Mei 2022 dan penceroboh-penceroboh tersebut telah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua penceroboh yang menceroboh bangunan sedang dalam pembinaan itu ditahan polis pada 1 Mei tahun lalu.

“Mereka sudah pun didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan pada hari yang sama.

“Aksi yang dipaparkan kumpulan lelaki itu jelas menyalahi undang-undang dan berbahaya, sekali gus merisikokan keselamatan penceroboh dan juga pekerja di tapak pembangunan.

“Oleh yang demikian, kami menyelar segala perbuatan haram yang dilakukan di tapak pembangunan ini untuk meraih keuntungan komersial dan populariti secara haram, ” katanya.

Justeru, katanya, PNBMV telah mempertingkatkan kawalan keselamatan di menara terbabit.

“Kami ingin menekankan bahawa tapak Merdeka 118 masih aktif dengan kerja-kerja pembinaan dan keselamatan adalah keutamaan kami,” katanya.

Media melaporkan, Menara 118 yang masih dalam pembinaan itu diceroboh kumpulan pencipta kandungan YouTube, Driftershoots, yang berkongsi video ‘pencerobohan’ mereka pada 30 Disember lalu.

Video selama 7 minit 18 saat itu memaparkan kumpulan terbabit, terdiri daripada sekurang-kurangnya empat individu, termasuk dua daripada mereka dikaburkan muka, menyelinap ke tapak bangunan itu dengan memakai jaket seperti pekerja binaan.

Bulan lalu, pasangan Rusia Angela Nikolau dan Ivan Beerkus, menceroboh dan menawan puncak menara kedua tertinggi di dunia itu.

Nikolau dalam perkongsian di Twitter, mendakwa menyamar sebagai pekerja binaan yang bertudung ketika menyelinap masuk bangunan itu, sebelum memanjat selepas pekerja pulang.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles