Polis tahan suspek kes jumpa mayat dalam semak

MARANG – Polis menahan suspek berkaitan penemuan mayat wanita di dalam semak di Kampung Alor Gali di sini minggu lalu.

Mayat wanita yang dijumpai pada 19 Januari lalu disahkan sebagai Zarina Mukhtar, 57.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, polis akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas suspek di Mahkamah Marang, esok.

“Pihak polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh tidak sampai satu minggu susulan penangkapan suspek.

“Satu sidang akhbar berhubung kes ini akan diadakan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa adalah individu sama yang ditularkan kematiannya menerusi laman sosial Facebook pada Selasa.

Dua individu hadir membuat pengecaman ke atas mayat pada Ahad lalu di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Hasil pengecaman berkenaan, mereka mengesahkan mayat itu ahli keluarga mereka berdasarkan tanda pada badan mayat dan barangan peribadi yang dikemukakan dengan beberapa bukti bergambar.

Sebelum ini media melaporkan mayat wanita tanpa identiti ditemukan dalam kawasan semak di Kampung Alor Gali di sini, pada 19 Januari lalu.

Mayat tersebut ditemukan orang awam yang mencari daun palas di kawasan itu yang terletak kira-kira 30 meter dari jalan utama.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles