Doktor direman kes cabul kanak-kanak 12 tahun

KEMAMAN – Seorang doktor yang meraba dada dan merakam gambar seorang kanak-kanak berusia 12 tahun direman selama tujuh hari sehingga Khamis depan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata polis mendapat perintah reman terhadap suspek bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan kanak-kanak terbabit.

Katanya, tangkapan terhadap pegawai perubatan itu dibuat kira-kira 1.50 tengah hari semalam, selepas ibu mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman pada malam Rabu.

“Mangsa memaklumkan bahawa suspek adalah seorang doktor yang merawatnya, telah membuka baju dan meraba dada serta merakam gambar-gambar mangsa melalui telefon bimbit milik suspek.

“Kejadian itu berlaku ketika mangsa menerima rawatan di wad kanak-kanak hospital terbabit akibat diabetes.

Rohaimi berkata, telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.

“Kita percaya terdapat lagi lain-lain mangsa kanak-kanak perempuan berdasarkan penemuan awal terhadap beberapa gambar lain di dalam telefon bimbit suspek,”katanya.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan termasuk mengambil rakaman percakapan saksi lain berhubung dengan kejadian itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles