ANTAKYA: Dua gempa susulan yang kuat melanda sempadan Turkiye dan Syria pada pukul 8.04 malam tadi (1.04 pagi waktu Malaysia).
Pusat Seismologi Mediterranean Eropah berkata, gempa bumi pertama berukuran 6.4 magnitud pada kedalaman 2 kilometer.
Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 213 lagi cedera dalam gegaran itu, menurut Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu.
Gempa bumi kedua pula bermagnitud 5.8 beberapa minit kemudian, berpusat tidak jauh dari yang pertama di wilayah Hatay, Turkiye.
Angka kematian kini dilaporkan melebihi 47,000 orang. (sumber Utusan Online)