Sindiket Ah Long tumpas

SHAH ALAM: “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”

Demikian antara notis hendak disampaikan kepada peminjam ‘ah long’ oleh sindiket berkaitan pemberi pinjaman wang tidak berlesen itu sebelum ditahan polis dalam satu serbuan dekat Sungai Besi pada 27 Mac hingga semalam.

Dalam serbuan tersebut pasukan dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menahan tujuh warga tempatan terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia 21 hingga 41 tahun termasuk pasangan kekasih dan suami isteri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kesemua mereka diketuai suspek berusia 41 tahun dipercayai terbabit dengan kegiatan mengugut peminjam untuk menuntut bayaran dengan menyimbah cat merah, mengunci dan menampal notis di rumah mangsa.

Menurutnya, sindiket tersebut dikatakan hendak membuat pinjaman dengan ah long, namun sebaliknya ditawarkan dengan tugasan sebagai ganti dengan bayaran sekitar RM300 hingga RM450 bagi setiap rumah.

“Sindiket mula beroperasi sekitar Februari lalu sehingga sekarang dan berurusan hanya dengan menggunakan aplikasi Whatsapp bagi menerima arahan dan menjalankan tugasan tersebut. Bagi setiap arahan yang dibuat, sindiket akan membuat video dan menghantarnya sebagai bukti.

“Ah long kemudian membuat bayaran masuk wang ke dalam akaun kepada salah seorang ahli sindiket sebagai upah. Bagi setiap ugutan yang dibuat, sindiket menerima wang mengikut jarak rumah dan tindakan yang diambil,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Mohd. Iqbal menjelaskan, daripada tangkapan tersebut polis menemukan lebih 80 transaksi bayaran diterima sindiket dan 26 daripadanya melibatkan kegiatan dilakukan di sekitar Shah Alam.

Turut dirampas dalam serbuan tersebut adalah sebuah kereta, tiga buah motosikal, bungkusan dan tin mengandungi cat merah, kunci mangga, mangga basikal, surat ugutan dan pelbagai barangan lain.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kesemua suspek lelaki mempunyai rekod lampau berkaitan narkotik dan jenayah.

“Kesemua suspek direman selama empat hari bermula semalam dan di siasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Kes juga akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdepat bagi mendapatkan arahan pertuduhan,” ujarnya. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles