Bapa berharap hukuman penjara anak di Nepal dapat dikurangkan

Seremban: “Dengan umur saya sekarang, kalau sempat jumpa, syukurlah. Tapi kalau umur saya tidak panjang, mungkin tak dapat jumpa lagi,” kata Jamaluddin Malek, 72.

Anak perempuannya, Marina Jamaluddin, 44, yang ditahan pada 2015 di Nepal atas kesalahan berkaitan dadah menjalani hukuman penjara selama 20 tahun dan kini masih berbaki 12 tahun.

Jamaluddin mengakui dia sangat rindukan anaknya itu dan nekad mengumpul dana sebelum bertolak ke Nepal untuk bertemu Marina di Penjara Pusat Sundhara, Kathmandu, 21 Februari lalu.

“Saya ikhtiar untuk mencari wang dengan meminta tolong rakan. Dengan wang sebanyak RM2,000, saya pergi ke Nepal bersama seorang anak lelaki untuk berjumpa Marina.

“Apa lagi yang saya boleh buat kerana hukumannya masih panjang manakala saya pula kini sudah mencecah 72 tahun dan bila-bila masa boleh hembuskan nafas,” katanya ketika ditemui, di sini.

Pada 6 April 2015, Harian Metro melaporkan Marina ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Nepal selepas didapati cuba menyeludup kokain seberat 11 kilogram.

Dia ditahan kira-kira jam 7 malam ketika dalam perjalanan ke Itali melalui Kathmandu dengan menyembunyikan dadah itu di dalam lima komputer riba.

Bekalan dadah itu dipercayai diambil di Brazil untuk diseludup ke Itali dengan menggunakan laluan Nepal.

Sambil mengesat air mata, Jamaluddin berkata, ketika berjumpa Marina di penjara berkenaan, dia dimaklumkan kehidupan anaknya susah kerana dia satu-satunya banduan dari Malaysia.

“Saya dimaklumkan makanan yang disediakan di penjara itu tidak halal dan Marina terpaksa berlapar jika tiada makanan.

“Baru-baru ini dia dimasukkan ke hospital, namun terpaksa menangggung kos perubatan dan tidak dibenarkan keluar selagi tidak melunaskannya. Kehidupannya ketika ini paling susah.

“Setiap bulan juga saya akan kirim duit ke kedutaan Malaysia di Nepal untuk diserahkan kepada Marina selain hantar makanan seperti mi segera dan biskut.

“Marina kini sudah pandai bertutur dalam bahasa Nepal. Jika dia tidak fasih bahasa tempatan, ia pasti tambah menyusahkan kehidupannya,” katanya.

Jamaluddin berkata, dia berharap supaya mana-mana pihak dapat campur tangan dan memohon kerajaan Nepal supaya dapat memendekkan hukuman penjara anaknya.

“Marina sudah menjalani hukuman penjara lapan tahun dan baki hukuman masih panjang.

“Saya berharap kerajaan atau mana-mana pihak dapat berbincang dengan kerajaan Nepal supaya hukuman dikurangkan atau dia dibawa menjalani hukuman di negara ini,” katanya. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles