Ekonomi Malaysia diramal berkembang 4.5 peratus -IMF

COVID-19: Bank Negara unjur ekonomi Malaysia antara -2.0 hingga 0.5 peratus  tahun ini

KUALA LUMPUR: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang 4.5 peratus pada 2023 dan 2024, selepas mencatatkan pertumbuhan mantap 8.7 peratus tahun lalu.

Penyedia perkhidmatan kewangan antarabangsa itu turut meramalkan kadar inflasi di negara ini akan turun kepada 2.9 peratus pada 2023 sebelum meningkat sedikit kepada 3.1 peratus tahun depan, selepas mencatatkan kenaikan 3.4 peratus pada 2022.

Dari segi pengangguran, IMF menjangkakan kadarnya di Malaysia akan turun kepada 3.6 peratus pada 2023 dan bertambah baik kepada 3.5 peratus pada 2024, selepas berada pada 3.8 peratus tahun lalu.

Unjuran itu dikeluarkan dalam laporan Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) terbaharu yang diterbitkan oleh IMF.

Sementara itu, IMF mengunjurkan ekonomi sedang pesat membangun Asia yang terdiri daripada

China, India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, dan Vietnam akan berkembang 5.3 peratus pada 2023 sebelum berkembang lebih perlahan 5.1 peratus pada tahun depan.

Dalam perkembangan berkaitan, IMF berkata sistem kewangan global sedang diuji oleh kadar faedah dan inflasi yang lebih tinggi.

“Sistem kewangan global sedang memperlihatkan ketegangan memandangkan kenaikan kadar faedah menjejaskan keyakinan terhadap beberapa institusi,” katanya dalam satu kenyataan. (Berita Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles