fbpx

123 juta warga Indonesia dijangka pulang beraya ke kampung sempena Aidilfitri

Jakarta: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menggesa ketua-ketua wilayah, termasuk gabenor dan datuk bandar, membuat persiapan menjelang tempoh mudik atau balik kampung sempena perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Ini terutamanya bagi kawasan-kawasan yang menjadi destinasi tumpuan khususnya di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur.

Presiden Jokowi membuat kenyataan itu selepas mengunjungi Pasar Cepogo di Boyolali, Jawa Tengah, Isnin lalu.

“Saya memberi peringatan kepada semua ketua daerah khususnya di Jawa Tengah, Jawa Timur dan Jawa Barat, agar mempersiapkan wilayah masing-masing menjelang tempoh mudik sempena Aidilfitri,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian Singapura yang memetik laporan media Indonesia.

Ucapannya disiarkan secara maya dari Saluran YouTube Sekretariat Presiden.

Beliau menggesa gabenor supaya berwaspada berhubung jangkaan pergerakan penduduk semasa tempoh mudik Aidilfitri 2023, yang mana jumlah orang yang pulang kampung dianggarkan mencecah 123 juta berbanding 86 juta pada 2022.

Presiden Jokowi turut mengingatkan Menteri Pengangkutan, Ketua Polis Negara dan Menteri Perusahaan Milik Negara (SOE) supaya mempersiapkan jabatan masing-masing bagi menghadapi pertambahan jumlah orang yang mudik pada 2023.

“Saya memohon, berhati-hati dengan jumlah yang besar ini,” ujarnya.

Menteri Pengangkutan, Encik Budi Karya Sumadi, sebelum ini menyatakan tempoh mudik Aidilfitri 2023 akan membabitkan pergerakan 123 juta orang, kebanyakannya menggunakan kenderaan empat roda dan dua roda. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles