Jaringan Haarland bantu City tumpaskan Bayern Munich

Haaland meraikan jaringan tunggal City

MUNICH: Erling Haaland menebus kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti di babak pertama dengan meledak gol tunggal Manchester City ketika menyingkirkan Bayern Munich dari Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

City yang kalah dalam final 2021 menempah pertemuan dengan juara Eropah 14 kali, Real Madrid pada separuh akhir bulan depan selepas menang secara agregat 4-1.

Haaland meledak jaringan yang ke-48 bersama City untuk meletakkan kelab Liga Perdana Inggeris itu di depan pada minit ke-57 sebelum Joshua Kimmich menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti di minit ke-83.

Perlawanan berakhir dengan seri 1-1, namun kemenangan selesa 3-0 yang dilakar anak-anak buah Pep Guardiola di Manchester minggu lalu membolehkan mereka kekal di landasan memburu gelaran Eropah pertama.

Skuad The Citizens juga masih di landasan untuk memenangi gelaran, namun Real yang perlu ditentang pada 9 dan 16 Mei depan adalah halangan yang amat besar. – (Sumber Utusan Malaysia)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles