Lapan legenda rock bergabung dalam Konsert Semangat Zaman, gegar KL 29 September

KUALA LUMPUR: Lapan vokalis kumpulan rock terkemuka tanah air bakal beraksi satu pentas untuk menghadiahkan pengalaman berharga kepada pencinta muzik menerusi Konsert Semangat Zaman Ulang Tahun Ke-20 yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 September depan.

Konsert berskala besar itu bertujuan mengimbau nostalgia album Semangat Zaman yang diterbitkan pada 2004, dengan menampilkan nama-nama besar rockers tanah air.

Ia membabitkan Datuk Nash daripada kumpulan Lefthanded, Joey (Bumiputera Rockers), Aris (Ariwatan), Yantzen (Rusty Blade), Rahmad (Mega), Jatt (Black Dog Bone), Muss (May) dan Bandi (Amuk).

Konsert itu juga meraikan sambutan ulang tahun ke-20 album kompilasi Semangat Zaman (2004) dan Semangat Zaman 2 (2005) yang diterbitkan komposer LY selepas menerima sambutan positif peminat.

LY yang bertindak sebagai penganjur konsert berkata, idea menggabungkan lapan rockers bergabung satu pentas bertujuan menyemarakkan semula genre rock tempatan.

Lapan vokalis yang akan bergabung dalam Konsert Semangat Zaman Ulangtahun ke-20

Justeru, LY menghimpunkan beberapa vokalis daripada kumpulan rock popular untuk membuat persembahan dalam satu album dan konsert dengan menjanjikan kelainan tersendiri untuk dirasai peminat.

“Semua penyanyi yang menjayakan konsert mempunyai kekuatan dan ‘warna’ tersendiri, sekali gus mampu menjanjikan kepuasan kepada pencinta muzik.

“Mereka jelas masih memiliki aura tersendiri yang pasti akan menghibur peminat. Malah, penganjuran konsert ini juga bertujuan merancakkan industri muzik.

“Saya bermula sebagai komposer dengan menghasilkan pelbagai lagu rock. Jadi, genre ini sangat dekat di hati saya,” katanya pada sidang media Konsert Semangat Zaman Ulang Tahun Ke-20, baru-baru ini.

Majlis pelancaran konsert disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Azman Mohd Yusof.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Azman Mohd Yusof (tengah) bergambar bersama lapan legenda rock selepas sidang media konsert Semangat Zaman

Terdahulu, album Semangat Zaman berjaya mencapai jualan Multi Platinum (melebihi 100,000 unit jualan).

Sementara itu, penganjur bersama, Jean Lau berkata, dia memang merindui keseronokan dan pengalaman menerusi lagu daripada dua album itu termasuk bekerja dengan vokalis rock terkenal tanah air selepas berehat selama 20 tahun.

“Saya menghubungi LY dan melontarkan idea mengadakan konsert ulang tahun ke-20 dan dia bersetuju sebelum kami meneruskan dengan gerak kerja mengadakan konsert.

“Persediaan konsert diperkuatkan lagi dengan rakaman lima lagu baharu untuk lagu tema dengan Muss dan Rahmad, Joey dan Bandi, Yantzen dan Jatt berduet termasuk lagu solo Nash.

“Konsert itu akan menjadi konsert pertama ikon muzik rock Malaysia berada atas satu pentas membuat persembahan bersama.

“Lapan penyanyi legenda rock atas pentas dalam satu malam dan ia pasti akan menjadi pengalaman tidak dapat dilupakan peminat,” katanya.

Tiket berharga RM208 (zon rock), RM328 (tempat duduk normal bernombor) dan RM388 (premium- tempat duduk bernombor) akan dijual mulai 15 Julai ini menerusi pautan www.bookmyshow.com. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles