Pemilik anjing anjurkan majlis perkahwinan mewah anjing tampil mohon maaf

Jakarta: Dua wanita Indonesia membuat permohonan maaf secara umum selepas majlis perkahwinan mewah untuk anjing mereka mencetuskan reaksi negatif daripada orang ramai.

Indonesia adalah antara negara terperangkap dalam pengagihan kekayaan yang paling tidak sama rata di dunia.

The Straits Times melaporkan, dalam majlis perkahwinan mewah itu, dua anjing baka Alaska Malamute dikahwinkan di sebuah pusat beli-belah di sini, baru-baru ini.

Pasangan anjing itu disarungkan pakaian tradisional Jawa yang dihadiri pemilik dan saudara-mara pemiliknya pada majlis yang dilaporkan menelan belanja 200 juta rupiah (kira-kira RM60,621).

Kekecohan terjadi media sosial menyusuli selepas imej anjing seperti serigala itu muncul dengan masing-masing mengeluarkan kuku tajam sebagai simbolik majlis perkahwinan mewah itu.

Berikutan itu, kedua-dua pemilik anjing membuat permohonan maaf secara umum bagi meredakan kekecohan umum.

Perkahwinan pasangan anjing itu disarungkan pakaian tradisional Jawa dilaporkan menelan belanja 200 juta rupiah (kira-kira RM60,621) – Sumber gambar Harian Metro Online.

“Kami amat menyesalinya, dan kami ingin memohon maaf kepada peminat budaya Jawa dan semua rakyat Indonesia yang tidak selesa dan terluka dengan peristiwa itu,” kata Indira Ratnasari, pemilik anjing betina bernama Luna, pada Rabu.

Menurut rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram jurusoleknya, Indira Ratnasari menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk menghina budaya Indonesia dan Jawa.

Paparan kemegahan kekayaan di Indonesia iaitu negara keempat paling ramai penduduk di dunia ini adalah sangat tidak disukai dan sering dikritik kerana jurang pendapatan rakyat republik itu yang semakin melebar.

Gaji bulanan minimum di Jakarta ialah 4.9 juta rupiah (kira-kira RM1,485) dengan Bank Dunia pada 2022 berkata hampir satu persepuluh daripada 270 juta penduduk Indonesia masih hidup di bawah paras kemiskinan. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles