Mbappe tidak berminat ke Al-Hilal meski ditawar gaji lumayan

PARIS: Kylian Mbappe dilaporkan tidak berhasrat untuk bermain di Arab Saudi sekalipun Paris Saint-Germain (PSG) memberi kebenaran kepada Al-Hilal untuk berbincang dengan bintang Perancis itu ketika mereka melancarkan bidaan rekod dunia £259 juta (RM1.52 bilion).

Mbappe disenaraikan untuk dijual oleh kelab juara Perancis itu selepas enggan menandatangani kontrak baharu dengan kontrak semasanya berbaki setahun.

Berita bidaan itu hadir semalam dan PSG dijangka menerimanya ketika presiden Nasser Al-Khelaifi tidak mahu melepaskan pemain itu secara percuma pada musim panas akan datang.

Relevo melaporkan Mbappe ‘tidak mahu beraksi di Arab Saudi’ di sebalik bidaan lumayan daripada Al-Hilal.

Laman sesawang sukan berpangkalan di Madrid itu mendakwa Mbappe berazam untuk memenuhi tahun terakhir kontraknya bersama kelab penyandang juara Perancis itu.

Kylian Mbappe dikatakan berazam untuk memenuhi tahun terakhir kontraknya bersama kelab PSG

Keputusan itu mencetus cabaran buat bos baharu PSG, Luis Enrique terutamanya jika juara bertanan itu bergelut di tengah padang.

Pemain berusia 24 tahun itu sudah diketepikan bagi jelajah pramusim PSG di Jepun dan Korea Selatan dengan masa depannya memeningkan kelab gergasi Ligue 1 itu.

Tawaran Al-Hilal akan mengatasi bayaran £198 juta (RM1.16 bilion) perpindahan Neymar dari Barcelona ke PSG sebagai yuran perpindahan paling mahal dalam sejarah bola sepak.

Dilaporkan menerusi tawaran itu Mbappe akan menerima £600 juta (RM3.5 bilion) dalam tempoh hanya setahun.

Kelab Liga Pro Saudi itu juga dikatakan sedia menetapkan klausa pelepasan dalam kontrak lumayan yang membolehkan Mbappe menyertai Real Madrid pada musim panas akan datang. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles