China rekodkan 2 juta kematian baru susulan penamatan sekatan COVID-19

BEIJING: Tindakan terburu-buru China dalam menghapuskan prosedur COVID-19 yang ketat dipercayai menyebabkan virus itu terlepas kepada 1.4 bilion penduduk negara itu.

Satu kajian baharu oleh Amerika Syarikat (AS) turut menunjukkan tindakan itu menyebabkan hampir dua juta lebihan kematian direkodkan dalam tempoh dua bulan.

Kajian dibiayai Pusat Kanser Fred Hutchinson di Seattle itu diambil daripada sampel data kematian yang diterbitkan beberapa universiti di China dan carian internet.

Ia mendapati dianggarkan 1.87 juta lebihan kematian atas pelbagai sebab berlaku dalam kalangan individu berumur lebih 30 tahun antara Disember 2022 dan Januari 2023 di semua wilayah di tanah besar China kecuali Tibet.

Keputusan China pada Disember lalu untuk menamatkan dasar sifar COVID selama tiga tahun, termasuk ujian besar-besaran dan kuarantin yang ketat dan berterusan, membawa kepada lonjakan besar dalam kemasukan ke hospital dan kematian yang menurut pakar kesihatan sebahagian besarnya tidak dilaporkan oleh kerajaan.

Varian Omicron baharu sebagai EG.5 atau “Eris” yang diberi nama sempena Dewi Yunani

Kajian itu, yang diterbitkan semalam dalam JAMA Network Open, berkata jumlah lebihan kematian melebihi anggaran rasmi kerajaan China pada Januari.

Jumlah itu sebelum ini, mengatakan 60,000 orang dengan COVID-19 meninggal dunia di hospital sejak dasar sifar-COVID dihapuskan sebulan sebelumnya.

Dalam kajian itu, penyelidik melakukan analisis statistik menggunakan maklumat daripada obituari yang diterbitkan dan data daripada carian di Baidu, enjin carian internet Cina yang popular.

“Kajian kami mengenai lebihan kematian yang berkaitan dengan penarikan dasar sifar COVID di China menetapkan anggaran penanda aras yang diperoleh secara empirikal. Penemuan ini penting untuk memahami bagaimana penyebaran COVID-19 secara tiba-tiba merentasi populasi boleh memberi kesan kepada kematian penduduk,” tulis penyelidik.

Pakar kesihatan global berulang kali meminta China mendedahkan lebih banyak data apabila laporan peningkatan kemasukan ke hospital dan kematian mula muncul, terutamanya apabila ancaman varian baharu menjadi kebimbangan.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles