Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) ucap salam 1 Syawal kepada warga pekak

PUCHONG – Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) hari ini mengucapkan Salam 1 Syawal kepada semua komuniti pekak di negara ini termasuk ahli-ahli persatuan gabungan MFD.

Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari berkata, pihaknya juga memohon maaf zahir dan batin kepada ahli-ahli dengan ucapan sentiasa menjadikan sambutan Syawal untuk bermaaf-maafan serta mengeratkan silaturahim.

Di samping itu, beliau mengingatkan komuniti pekak agar sentiasa menjaga keselamatan terutama mereka yang pulang berhari raya di kampung halaman.

“Sepanjang Ramadan, kita semua diajar sentiasa bersabar  dan apabila tiba Syawal, sikap sedemikian harus diteruskan.

“Jadikan Syawal ini bagi meneruskan aktiviti kunjung-mengunjungi dan eratkan silaturahim.

“Namun demikian, jangan sekali-kali lupa bahawa dalam kita bergembira kerana berjaya mengharungi Ramadan dan seterusnya Syawal, ada dalam kalangan kita yang mungkin kurang bernasib baik, maka bantulah mereka ini,” katanya.

Mohamad Sazali sebelum itu mempengerusikan mesyuarat dalam kalangan kakitangan MFD di sini.

Di samping itu, beliau berkata, dari semangat Ramadan dan Syawal, MFD akan terus meningkatkan usaha membela semua lapisan komuniti pekak.

Jelasnya, kejayaan MFD selama ini adalah atas usaha, sokongan dan kerjasama kakitangannya yang tidak pernah merasa penat atau lelah untuk bekerja membantu komuniti pekak.

“MFD ada amanah yang besar iaitu membantu serta membangunkan komuniti pekak.

“Ini termasuk menganjurkan kelas-kelas bahasa isyarat, menerbitkan buku-buku bahasa isyarat agar masyarakat umum dapat berkongsi pengetahuan mengenai komunikasi orang pekak, khidmat jurubahasa isyarat dan banyak lagi.

“Kita juga ada tenaga pengajar, taska dan tadika kanak-kanak pekak,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles