MINAT YANG TINGGI…Penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) kian meluas dan tidak hairanhlah semakin ramai kalangan masyarakat umum termasuk golongan muda berminat mempelajarinya.
Terkini, sebanyak 40 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, sukarelawan dan swasta menyertai kursus BIM Tahap 1 di Institut Sosial Malaysia (ISM) Kuala Lumpur.
Kursus Tahap 1 itu merupakan siri ke-3 yang dianjurkan di ISM pada tahun ini.
Kursus BIM selama empat hari bermula 7 September itu dikendalikan oleh guru-guru dari Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).
Selain belajar mengenai abjad yang diguna oleh komuniti pekak, peserta juga didedahkan dengan cara berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.
Ini termasuk bagaimana memperkenalkan diri melibatkan nama, umur dan sebagainya menggunakan bahasa isyarat.

