Francais: DBM Medical Group muncul hospital swasta pertama perolehi lesen

PUTRAJAYA – DBM Medical Group muncul hospital swasta pertama memperolehi lesen francais yang kelak membolehkannya memperluaskan lagi rangkaian operasinya serta menubuhkan cawangan-cawangan hospital baharu  di seluruh negara.

Melalui konsep francais, DBM Medical Group yang sehingga kini memiliki lima hospital Dewan Bersalin Muslimah (DBM), diberi kebenaran mendapatkan modal dari pihak luar untuk membuka cawangan baharu hospital bersalin.

Lesen francais itu diserahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Mohd. Sayuthi Bakar kepada Presiden DBM Medical Group, Zolkifly Md. Lazim dalam satu majlis di kementerian berkenaan.

Pada majlis berkenaan, 16 syarikat perniagaan lain turut menerima lesen francais masing-masing manakala DBM Medical Group merupakan satu-satunya penerima lesen francais yang melibatkan operasi hospital bersalin swasta.

Melalui  konsep francais itu, mana-mana pihak luar boleh mengeluarkan modal bagi mewujudkan hospital bersalin di bawah nama DBM.

Sementara itu, Zolkifly ketika ditemui memberitahu, pihaknya pada masa ini mempunyai lima cawangan hospital DBM iaitu di Batu Caves, Bukit Raja, Permatang Pauh, Batu Maung dan Kota Damansara.

Jelas beliau, melalui konsep francais, pihak luar boleh menyediakan modal bagi DBM Medical Group memperluaskan lagi rangkaian operasinya.

Tambahnya, langkah memperluaskan operasi dan rangkaian DBM berdasarkan  keperluan khidmat hospital bersalin yang terus mendapat permintaan yang tinggi di negara ini.

“Pada masa ini sudah ada pihak termasuk koperasi yang menyatakan minat melaburkan modal bagi mewujudkan hospital DBM di beberapa kawasan,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles