fbpx

COVID-19: Kes Baharu Kembali Empat Angka, Lembah Klang Membimbangkan

KUALA LUMPUR (Bernama) — Penularan kes COVID-19 di Semenanjung khususnya di negeri-negeri Lembah Kelang semakin merebak luas dan membimbangkan, berbanding keadaan di Sabah yang sebelum ini menjadi tumpuan kerana catatan kes baharu sehingga empat angka, semakin stabil.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu sidang media mengenai situasi semasa Jangkitan COVID-19 di Malaysia hari ini, negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan 567 kes iaitu peningkatan sebanyak 2.5 kali ganda berbanding 224 kes positif semalam.

Negeri Selangor melaporkan 361 kes pada hari ini dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 201 kes, daripada jumlah keseluruhan kes positif yang dilaporkan pada hari ini.

Menurut beliau, daripada 567 kes yang dilaporkan di negeri-negeri di Lembah Klang, sebanyak 488 kes (86.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster. 

Jumlah kes positif di Negeri Sembilan hari ini menurun kepada hanya 83 berbanding semalam, 236 kes. 

Semalam, Khamis 12 November, daripada 919 kes baharu, sebanyak 224 kes (24.4 peratus) dilaporkan di Lembah Klang dan Selangor sahaja mencatat 174 kes, dan 122 kes dikesan daripada kluster sedia ada. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam hanya mencatat 47 kes.

Jumlah kes tiga angka juga dicatat di negeri-negeri Lembah Klang (202 kes) dan Negeri Sembilan (225 kes) pada Rabu, 11 November. Jumlah kes baharu COVID-19 pada hari berkenaan adalah 822 kes.

Jumlah kes COVID-19 di negeri-negeri Lembah Klang pada Selasa 10 November pula adalah 258 kes (29.7 peratus daripada 869 kes pada hari tersebut) sementara Negeri Sembilan merekod 141 kes. 

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles