fbpx

Belanjawan 2021: DPIA Mahu usaha memperkasa Bumiputera dibuat secara holistik

PETALING JAYA – Dewan Perdagangan & Industri Asean menyokong Belanjawan 2021 dan mahu usaha memperkasakan perniagaan golongan bumiputera dibuat secara holistik di seluruh negara.

Presiden DPIA Datuk Sohaimi Shahadan berkata, usaha murni kerajaan untuk mengangkat golongan Bumiputera itu tidak boleh dimonopoli oleh golongan tertentu, sebaliknya perlu sampai kepada kumpulan sasar secara menyeluruh.

“Dana sebanyak RM4.6 bilon yang diperuntukan untuk memperkasakan golongan usahawan ini harus diagih sama rata.

“Kita tidak mahu hanya kelompok tertentu saja yang menerima manfaatnya, apatah lagi dalam situasi sukar ketika pandemik Covid-19 ini.

“Ramai usahawan kini berdepan risiko gulung tikar, jadi peruntukan ini diharap dapat menyelamat kumpulan peniaga ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, agensi pelaksana seperti TEKUN dan PUNB yang menguruskan dana RM510 juta bagi pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) harus mengurangkan birokrasi dalam agihan kepada peniaga.

Katanya, kedua agensi itu harus memudahkan urusan permohonan oleh pemohon untuk menerima dana berkenaan.

“Sebagai agensi pelaksana tidak perlu merumitkan urusan permohonan di mana kita tahu dalam tempoh PKP ini ramai pemohon memerlukan suntikan modal dalam kadar segera.

“Kita mahu urusan yang cekap dan pantas untuk agihan secara telus kerana masih ramai golongan peniaga yang terjejas akibat Covid-19,” jelasnya.

Sohaimi turut mencadangkan agar laman sesawang khas untuk rujukan umum bagi melancarkan hubungan dua hala antara pemohon dan agensi pelaksana.

“Kita mahu ada satu platform khas untuk pemohon membuat rujukan secara efisyen dan melancarkan komunikasi dengan pemohon,” katanya.

Tambah Sohaimi, beliau menyambut baik peruntukan RM100 juta kepada Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menggerakkan aktiviti badan berkenaan.

“Menerusi peruntukan ini NGO dapat menggerakan aktiviti sosial seperi membantu golongan miskin bandar dan pemuliharaan alam sekitar,” ujarnya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles