PETALING JAYA: Cadangan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan menerusi bayaran secara ‘one off’.
Pemangku Presiden Dewan Perdagangan & Industri ASEAN (DPIA), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata kerajaan perlu membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan dan caruman KWSP mereka namun berdasarkan kriteria tertentu.
“Cadangan pengeluaran wang caruman KWSP sebanyak RM10,000 amat munasabah dan berguna bagi peniaga dan orang awam yang berdepan krisis kewangan akibat COVID-19.
“Kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan ini dengan hanya membenarkannya kepada mereka yang betul-betul terjejas seperti hilang pekerjaan, pendapatan dipotong dan pendapatan di bawah RM4,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.