fbpx

Kes pertama Omicron dikesan di Malaysia

KUALA LUMPUR: Kes pertama varian baharu Covid-19 yang dibimbangi (VOC) Omicron telah berjaya dikesan di Malaysia melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun.

Kes yang dikesan ini merupakan pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak yang baru tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021 dan telah menjalani ujian RT-PCR setibanya di pintu masuk antarabangsa Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melalui satu kenyataan memberitahu kes ini telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Katanya, dia menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setibanya di dan kes diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

“Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti. Individu terbabit menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut dan berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau patuh perintah yang dikeluarkan,” katanya.

Pengesanan kontak rapat telah dijalankan ke atas semua penumpang bas dan pemandu iaitu seramai lima orang. Mereka telah menjalani saringan ujian Covid-19 dan kuarantin wajib. Ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles