fbpx

Piala AFF: Khairulazhan, Faisal positif COVID-19

5 DIS: Skuad kebangsaan menerima tamparan hebat menjelang aksi pertama Piala AFF berdepan Kemboja di Stadium Bishan, Singapura, esok selepas dua tonggak Harimau Malaya positif COVID-19.

Mereka ialah penjaga gol, Khairulazhan Khalid dan pemain sayap, Faisal Halim dengan kedua-duanya sedang menjalani proses kuarantin selama 10 hari.

Faisal kini dikuarantin selama 10 hari setelah positif COVID-19.

Berita Harian melaporkan, semua pemain lain berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk pertembungan dengan Kemboja.

Ketiadaan Faisal dan Khairulazhan atau lebih dikenali sebagai Yan pasti merencatkan sedikit perancangan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk berdepan Kemboja dengan kedua-duanya boleh dianggap sebagai tonggak utama Harimau Malaya.

Terdahulu, heboh di media sosial bahawa dua pemain Malaysia dan seorang pemain Myanmar dilaporkan positif COVID-19.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles