fbpx

Tugas berat menanti Harimau Malaya pada Piala AFF Suzuki 2020

KUALA LUMPUR, 04 Dis – Atas kertas, Malaysia dijangka berdepan tugas sukar untuk menjulang trofi Piala AFF Suzuki 2020 yang membuka tirainya hari ini.

Malaysia pasti menghadapi tekanan yang besar terutamanya selepas diundi dalam Kumpulan B bersama-sama juara bertahan, Vietnam.

Memori pahit kekalahan dengan agregat 2-3 kepada Vietnam pada final Piala AFF Suzuki 1998 masih segar dalam ingatan anak-anak buah Tan Cheng Hoe.

Cheng Hoe yakin anak-anak buahnya mampu melakukan kejutan pada edisi kali ini.

Selain Vietnam, skuad Harimau Malaya turut diundi bersama musuh tradisi, Indonesia, Laos dan Kemboja.

Sudah pasti, aksi pembukaan menentang Kemboja di Stadium Bishan pada pukul 5.30 petang, 05 Disember 2021 akan menjadi tumpuan ramai.

Namun, segala-galanya tidak mustahil. Masih terlalu awal untuk menentukan hala tuju skuad negara yang kali terakhir memenangi trofi ini pada tahun 2010.

Cheng Hoe ada ramuan yang tersendiri untuk menghadapi kejohanan besar pertamanya selaku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Selain mengharapkan keputusan yang positif, beliau turut berharap anak-anak buahnya menampilkan satu persembahan yang bertenaga dalam setiap perlawanan yang dihadapi.

Cheng Hoe tidak kisah jika skuad bimbingannya tidak diletakkan dalam kelompok pasukan pilihan kerana apa yang lebih penting baginya adalah kemampuan mereka untuk mencipta kejutan.

Bagi Cheng Hoe, Vietnam dan Thailand berdepan tekanan yang lebih besar kerana mereka menjadi pilihan juara pada edisi kali ini.

Bercakap dalam sidang media pra-perlawanan menentang Kemboja pada 05 Disember 2021, Cheng Hoe berkata, setiap kejohanan sudah tentu penting bagi Malaysia.

“Bukan untuk diri saya tetapi satu kebanggaan kepada negara. Saya harap kami mampu melakukan sesuatu yang mengejutkan dan saya yakin pemain-pemain saya berazam untuk melakar kejayaan itu.

“Hanya 8 pemain dari pasukan 2018 yang berada dalam pasukan saya dan berdasarkan perlawanan sebelum ini, aksi menentang Vietnam sangat sukar bagi kami.

“Saya yakin, mereka memperoleh banyak pengajaran dan misi kami adalah mencatat keputusan yang positif ke atas Vietnam.

“Namun, tidak hanya Vietnam kerana semua perlawanan dalam Kumpulan B dijangka menjadi sukar,” katanya.

Seramai 24 orang pemain akan menggalas misi negara pada saingan Piala AFF Suzuki 2020.

Ketiadaan dua pemain tengah Kuala Lumpur iaitu Kenny Pallraj dan Akram Mahinin yang menghadapi masalah kecederaan mungkin akan merencatkan sedikit percaturan Cheng Ho.

Bagaimanapun, beliau mempunyai beberapa pemain muda yang sedang meningkat naik, sekali gus mampu merelisasikan impian jutaan rakyat Malaysia itu.

Aksi pemain muda Selangor, Muhd Mukhairi Ajmal Mahadi dijangka mencuri tumpuan jika dia digandingkan bersama pemain berpengalaman, Baddrol Bakhtiar untuk mengemudi jentera tengah.

Pemain lain yang turut dibawa ke Singapura untuk mengemudi bahagian tengah ialan Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad dan Kogileswaran.

Khidmat Arif Aiman bersama Muhammad Faisal Abdul Halim ditagih bagi mengemudi bahagian sayap selepas kedua-dua pemain tersebut beraksi cemerlang di peringkat domestik.

Pada edisi ke-13 kali ini, pintu gawang skuad negara akan dikawal Muhammad Khairulazhan Khalid bersama-sama Khairul Fahmi Che Mat dan Kalamullah Al-Hafiz.

Seramai 10 orang pemain pertahanan disenaraikan yang diketuai oleh Shahrul Mohd. Saad, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Dion Cools.

Pemain muda sedang meningkat naik, Arif Aiman Mohd Hanapi turut disenaraikan selepas ketiadaannya mendapat kecaman hebat para penyokong negara sebelum ini.

Sementara itu, Guilherme De Paula, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dan Luqman Hakim Shamsudin menjadi taruhan Cheng Hoe untuk merobek gawang pasukan lawan.

Pada perlawanan pembukaan, Thailand tidak berdepan masalah untuk menewaskan Timor-Leste 2-0 manakala Singapura membelasah Myanmar 3-0 pada saingan Kumpulan A.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles