fbpx

SPRM lancar 5 bilik gerakan di PRN Sarawak

6 DIS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan lima bilik gerakan di seluruh Sarawak bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri tersebut.

Menerusi kenyataannya, SPRM memaklumkan, kesemua bilik gerakannya beroperasi 24 jam.

Lima bilik gerakan tersebut ialah Pejabat SPRM Sarawak di Kompleks Pejabat SPRM Sarawak, Pejabat SPRM Sibu, Pejabat SPRM Bintulu, Pejabat SPRM Limbang dan Pejabat SPRM Miri.

Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel aduan.prnsarawak@sprm.gov.my.

“Calon dan parti politik yang bertanding dinasihatkan tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012),” katanya hari ini.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles