fbpx

Dua lelaki dalam rakaman aksi marshal ditahan

7 DIS : Dua lelaki termasuk seorang berpangkat Datuk yang dipercayai terlibat dalam rakaman aksi marshal seperti yang tular dalam sebuah video di Facebook Ahad lalu, ditahan ketika menyerah diri di Balai Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson semalam.

Utusan Online melaporkan, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kedua-dua mereka yang berusia 45 dan 49 tahun itu hadir ke balai polis, masing-masing pada pukul 12.45 tengah hari dan 2.30 petang.

Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam rakaman aksi marshal ditahan sebaik menyerah diri di Balai Polis Trafik Port Dickson – Gambar Utusan Online

“Salah seorang berpangkat Datuk adalah ahli perniagaan dan seorang ejen insuran telah hadir ke balai trafik sejurus selepas  mengetahui aksi mereka yang dirakam telah ditularkan secara meluas di media sosial.

“Pihak polis telah menahan kedua-dua lelaki sebaik mereka menyerah diri di Balai Polis Trafik Port Dickson,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelas Aidi Sham, polis turut merampas dua buah motosikal berkuasa tinggi dan beberapa barangan milik individu yang digunakan kedua-dua marsyal berkenaan seperti yang dirakam. 

“Kami masih menjalankan siasatan lanjut secara menyeluruh terhadap kedua-dua lelaki ini jika wujud lain-lain kesalahan,” katanya. 

-Utusan Online

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles