fbpx

Bomba selamatkan kanak-kanak terkunci dalam kereta

14 DIS : Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun diselamatkan bomba selepas 15 minit terperangkap dalam sebuah kereta yang terkunci di Taman Bendahara, Kuala Selangor semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.39 petang.

Anggota JBPM mengambil masa 10 minit bagi menyelamatkan mangsa – Gambar JBPM Selangor

Katanya, sepasukan enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikerah dalam operasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi, kanak-kanak lelaki itu didapati masih terkunci dalam kereta Perodua Axia di hadapan sebuah rumah.

“Ketika kejadian, mangsa bersama keluarganya dipercayai mahu keluar atas urusan tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini, dilaporkan Utusan Online.

Menurutnya, anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kanak-kanak itu.

“Operasi menyelamat mangsa mengambil masa selama 10 minit.

“Kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada ibu bapanya,” ujarnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.54 petang.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles