fbpx

Isteri, dua anak MB Selangor positif Covid-19

SHAH ALAM : Isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad dan dua anaknya disahkan positif Covid-19 semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang menjalani ujian PCR Covid-19 bagaimanapun disahkan negatif.

Menurut Amirudin, beliau akan terus menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu PCR kedua yang dijadualkan Khamis nanti.

“Saya ingin memaklumkan bahawa isteri saya, Masdiana Muhamad dan dua anak telah disahkan positif Covid-19 pada hari Isnin, 13 Disember.

“Alhamdulillah melalui keputusan PCR yang telah saya jalani, saya disahkan negatif. Namun, saya akan terus menjalani kuarantin kendiri sementara menanti keputusan PCR kedua pada hari Khamis nanti dan akan memaklumkan perkembangannya kelak,” katanya.

Beliau memohon maaf atas sebarang kesulitan dan memohon semua pihak agar mendoakan kesihatannya sekeluarga.

“Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berkemungkinan timbul hasil perkembangan ini dan mohon sekalian mendoakan kesihatan serta kekuatan untuk kami sekeluarga,” ujarnya.

Difahamkan program terakhir Amirudin ialah majlis penyerahan cek bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil seluruh Selangor di Batu Caves, Gombak pada 11 Disember lalu.

Amirudin terus menjalani kuarantin kendiri sementara menanti keputusan PCR kedua pada Khamis nanti.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles