Indonesia naikan cukai rokok Januari ini

15 DIS: Indonesia mengumumkan kenaikan kadar cukai rokok sebanyak 12 peratus berkuat kuasa 1 Januari 2022.

Ini bermakna harga kebanyakan jenis rokok yang dijual di Indonesia akan meningkat kepada Rp38,100 (RM11.26) sebungkus.

Kenaikan harga itu diumumkan Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati dalam satu sidang akhbar semalam.

“Presiden Joko Widodo (Jokowi) meminta semua persiapan dapat diselesaikan sebelum kita boleh mengguna pakai cukai baharu pada 1 Januari depan.

“Bagaimanapun, kenaikan tarif cukai rokok sebanyak 12 peratus ini bukan besar kerana tahun lalu kenaikan cukainya adalah 12.5 peratus,” lapor Kompas.com.

Tambah Sri Mulyani, kenaikan kadar cukai rokok itu dilakukan selepas mempertimbangkan empat aspek utama iaitu mengurangkan bilangan perokok, isu pekerja di kilang rokok serta membanteras kegiatan penjualan rokok haram.

Beliau berharap, kenaikan cukai mampu mengurangkan kadar perokok berusia antara usia 10 hingga 18 tahun yang kini berjumlah 8.83 peratus, kepada unjuran 8.7 peratus yang ditetapkan bagi tahun 2024.

Pada peringkat ASEAN, Indonesia adalah negara ketiga yang menjual rokok pada harga tinggi di belakang Singapura dan Malaysia. 

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles