fbpx

Sheng Tai International memacu industri fesyen negara ke tahap lebih tinggi

20 Dis – Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan menjadikan Melaka sebagai pusat kecemerlangan fesyen, pemaju hartanah dan pakar pelancongan hartanah yang memenangi anugerah, Sheng Tai International Sdn. Bhd. (Sheng Tai International), bersama dengan Bill Keith, seorang daripada pereka fesyen terkemuka Malaysia menganjurkan Met Gala Malaysia (MGM) 2021 yang pertama kali seumpamanya diadakan.

Malam fesyen terbesar di wilayah Selatan ini diadakan di Ames Hotel, Melaka, dengan latar belakang bandar Melaka yang ikonik.

Acara itu menampilkan karya agung yang inovatif, berani dan glamor daripada Bill Keith dan 25pereka fesyen muda dan bakal menyerlah tempatan. Para tetamu turut disajikan dengan persembahan memukau oleh Poova.

Dato’ Leong Sir Ley, Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International, berkata, “Met Gala Malaysia pertama anjuran Sheng Tai International berlangsung dengan jayanya. Maklum balas yang kami terima sehingga kini adalah cukup memberangsangkan. Terima kasih kepada sokongan Bill Keith dan industri fesyen tempatan.

Menurut Dato’ Leong, Met Gala Malaysia bertujuan menyediakan platform untuk pereka fesyen muda memperagakan bakat mereka. “Menerusi perkongsian kami dengan  FashionTV dari Paris, kami percaya akan ada lebih banyak peluang untuk bakat tempatan kita, sama ada model, pempengaruh atau pereka fesyen, untuk bersinar di arena antarabangsa.’’

“25 pereka fesyen tempatan hari ini juga akan mempamerkan rekaan karya agung malam ini di Straits Designer Gallery, Metrasquare yang dijadual dibuka pada suku pertama 2022. Galeri kedua akan dibuka di The Sail Melaka apabila siap sepenuhnya kelak. Galeri ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk mengangkat Melaka menjadi ibu kota fesyen seperti Milan.”

Noranis Binti Che Aziz (SriCandy)
Huda Hassan masterpiece at Sheng Tai International Met Gala Malaysia 2021
HAFIZ CARLSON BIN JUBANG masterpiece at Sheng Tai International Met Gala Malaysia 2021
Nurraini bt Amin masterpiece at Sheng Tai International Met Gala Malaysia 2021

“Melangkah ke hadapan, Sheng Tai International akan terus mewujudkan peluang-peluang seperti ini bagi mengenengahkan bakat-bakat tempatan kita, dan seterusnya melonjakkan ekonomi negara,’’ tambah Dato’ Leong.

Metrasquare merupakan pembangunan komersial seluas 2.42 hektar (6 ekar) merangkumi komponen kediaman dinamakan Metrasquare Serviced Suites, sebuah hotel premium 3 bintang dinamakan Hotel Metrasquare, sebuah hotel 5 bintang – Ames Hotel dengan kedai-kedai runcit, fasiliti mesyuarat dan persidangan, kemudahan F&B, serta galeri sejarah Melaka dan ruang sosial seni.

Azuein bt Sariono masterpiece at Sheng Tai International Met Gala Malaysia 2021

Terletak hanya 5 minit pemanduan dari tol Keroh toll melalui Lebuh raya Utara-Selatan, Metraquare juga berdekatan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pejabat-pejabat kerajaan; Taman Burung Melaka; Taman Tema Wonderland;  Planetarium Melaka dan Muzium Lebah Dunia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles