MENTOR usahawan jutawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman menawarkan khidmat nasihat percuma kepada usahawan-usahawan untuk melakukan apa yang perlu bila terjejas dengan banjir. 

Beliau yang juga Pengerusi syarikat RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur menjelaskan, musibah banjir tersebut tatkala fasa pemulihan pandemik COVID-19 pastinya menambah lagi bebanan ditanggung.

“Mereka boleh terus hubungi RichWorks di talian 019-2442244 untuk tetapkan temu janji agar kita boleh hubungi mereka kembali. 

“Fokus usahawan kini perlu ditumpukan bagaimana mereka cepat-cepat dapat kembali bangkit meneruskan operasi,” katanya.

Tambahnya, bantuan, pinjaman tanpa faedah, geran dan moratorium yang diumumkan kerajaan perlu direbut untuk pastikan perniagaan masing-masing tak begitu terbeban. 

“Jangan terlalu lama rasa ‘down’, tak kira berapa kali anda jatuh tapi paling penting bagaimana bangkit semula daripada krisis ini. 

“Sebenarnya RichWorks juga terkesan dengan banjir apabila pejabat malah kenderaan  dan rumah kakitangan yang dinaiki air, namun kita ambil ia sebagai ujian dan yakin pasti ada sinarnya nanti,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Azizan memberitahu, pihaknya juga melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) telah dan sedang mengumpulkan dana bantuan bagi mangsa banjir.

“Sumbangan ini daripada RichWorks bersama anak-anak didik kami. 

” Insya-Allah, esok kita akan menyalurkan sumbangan berkenaan,” ujarnya.

Previous articleGantian percuma sijil rosak akibat banjir – SSM
Next articleLorong kecemasan bukan lokasi bengkel segera
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here