fbpx

Banjir: KPM tambah cuti sekolah seminggu

SESI persekolahan penggal ketiga 2021/2022 bagi sekolah Kumpulan A yang dijadualkan bermula pada 2 Januari ditangguhkan semunggu kepada 9 Januari susulan banjir besar yang melanda negara ketika ini.

SK Lintang, Sungai Siput ditenggelami bajir. – Gambar hiasan

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, dalam video di laman Facebook hari ini berkata, keputusan itu dibuat berikutan situasi banjir semasa memberi kesan kepada  murid, ibu bapa dan guru, sama ada secara langsung atau tidak, manakala sejumlah sekolah juga terjejas teruk atau menjadi pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kementerian Pendidikan (KKM) cakna dengan kebajikan guru, murid dan ibu bapa ini, ini tempoh yang amat sukar untuk semua pihak.

“Kita faham mereka perlukan masa untuk siapkan keperluan sebelum mulakan sesi persekolahan. Kita doakan yang terbaik untuk mangsa,” katanya.

Beliau berkata, maklumat lanjut berhubung perkara itu akan diumumkan menerusi kenyataan media.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan sesi penggal ketiga akan bermula pada 2 Januari 2022 bagi sekolah Kumpulan A dan 3 Januari 2022 bagi Kumpulan B.

Pengumuman terkini KPM menyaksikan sesi persekolahan Kumpulan B bagi penggal ketiga 2021/2022 akan bermula pada Ahad, 10 Januari 2022.

https://fb.watch/a5dTaibEQ-/

faizal
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles