fbpx

Kertas siasatan kes buli MRSM Muar kini di Bukit Aman

31 DIS : Polis mengesahkan kertas siasatan berhubung kejadian buli melibatkan lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar baru-baru ini sudah berada di Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip (gambar) berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan selanjutnya daripada Bukit Aman untuk tindakan susulan, dan sehingga kini kesemua pelajar terbabit masih belum dikenakan tindakan pendakwaan walaupu tempoh reman sudah tamat.

“Berhubung kes yang berlaku di MRSM Muar itu, kesemua pelajar yang terbabit sudah direman selepas ditangkap dan kertas siasatan juga telah lengkap dan dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

“Kertas siasatan tersebut kemudiannya telah diruju kepada Bukit Aman kerana berkaitan kepentingan awam dan kita sedang menunggu arahan selanjutnya dari Bukit Aman,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Santai Cycle Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor di IPK Johor yang turut dihadiri Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay di sini hari ini.

Jelas Zaharudin, kesemua lima pelajar yang ditahan itu merupakan wakil pelajar yang dilantik pihak sekolah dan berdasarkan siasatan, kejadian dipercayai berpunca akibat ketidakpuasan hati antara kelima-lima pelajar itu terhadap mangsa.

Tambahnya, ketika ini pihaknya tidak dapat mengesahkan tindakan yang diambil pihak sekolah terhadap kelima-lima pelajar terbabit kerana sekolah sedang bercuti

Sebelum ini, media melaporkan kesemua pelajar lelaki terbabit yang berumur 16 tahun itu ditahan di Kuala Sungai Baru, Melaka dan Johor Bahru, semalam selepas dipercayai terlibat dalam kejadian buli seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun pada 9 Disember lalu sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.

Kesemua mereka kemudiannya direman selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Disember lepas oleh Mahkamah Majistret Muar bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles