fbpx

Tan Cheng Hoe letak jawatan jurulatih Harimau Malaya

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Kebangsaan.

Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

“FAM hari ini ingin memaklumkan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya.

“Cheng Hoe telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan FAM.

“Beliau menyatakan hasratnya itu berikutan kegagalan skuad kendaliannya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura baru-baru ini.

“Selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM akhirnya menghormati keputusan tersebut.

“FAM telah bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak.

“FAM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Cheng Hoe.

“Secara keseluruhannya, beliau telah berkhidmat selama 14 tahun bersama FAM sejak bergelar penolong jurulatih skuad B-20 kebangsaan pada 2005 hingga 2013 sebagai penolong jurulatih kebangsaan.

“Beliau kembali semula pada 2017 sebagai penolong jurulatih kebangsaan kepada Nelo Vingada.

“Antara kejayaan yang diraih beliau ialah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

“Ketika itu beliau bergelar pembantu kepada Datuk K. Rajagobal serta naib juara Piala Suzuki AFF 2018 selaku ketua jurulatih.

“Jasa dan sumbangan beliau akan sentiasa dikenang.

“Terima kasih. Selamat maju jaya juga kepada Cheng Hoe dalam meneruskan karier kejurulatihannya selepas ini,” jelas Saifuddin Abu Bakar, Setiausaha Agung FAM.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles