fbpx

Cara penamatan dari program AKPK

Ramai sebenarnya yang tidak tahu bahawa kita boleh keluar daripada program Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sebelum tarikh tamat atau pun sebelum selesai hutang keseluruhannya. Dengan menyertai program di bawah AKPK tempoh pembayaran (AKPK) akan menjadi lebih panjang daripada hutang asal kita dan terdapat caj faeadah yang majoriti peserta tidak tahu mengenainya.

Dalam keadaan terdesak dan tersepit dengan bebenan hutang, AKPK adalah pilihan akhir dan terbaik bagi mengelakkan kita diisytiharkan bankrap. Namun, sekiranya pendapatan kita pulih dan mampu untuk membayar seperti sediakala, maka anda dinasihatkan keluar daripada program tersebut dan membuat pembayaran seperti biasa.

Caranya sangat mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu ke pejabat AKPK. Berikut adalah cara-caranya.

  1. Login laman web AKPK. Klik di bahagian Customer Login.

2. Masukkan user ID dan Password. Jika belum ada acc, sila daftar terlebih dahulu.

3. Pilih Post-DMP Request. Pilih Withdrawal

Kemudian anda hanya ikut arahan tersebut. Ruangan ini akan meminta anda memuatnaik surat atau ‘letter’. Anda hanya perlu buat surat rasmi pemohonan untuk keluar dari program kemudia muat naik. Anda akan mendapat email pengesahan beberapa hari kemudian.

4. Jika tidak berjaya, sila live chat dengan pegawai bertugas. Mereka sangat membantu.

*Lebih mudah live chat berbanding menghubungi talian hotline.

Anda hanya dinasihatkan untuk keluar dari program ini sekiranya anda sudah mempunyai kemampuan untuk membuat pembayaran seperti biasa dan bukannya kerana anda ingin menambah bebanan hutang dan komitment.

Rancang perbelanjaan anda dengan bijak. Jangan biarkan diri dibelengu hutang!.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles