fbpx

6 individu ditahan bantu siasatan sijil vaksinasi palsu

10 JAN: Polis menahan enam individu termasuk seorang juruteknik bagi membantu siasatan berhubung penipuan sijil vaksinasi COVID-19.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata mereka yang berusia antara 35 hingga 57 tahun ditahan di sekitar Marang, Dungun dan Kuala Terengganu, semalam.

“Mereka yang ditahan dipercayai membantu suspek membuat hebahan berhubung sijil vaksinasi berkenaan.

“Hebahan perkhidmatan itu dilakukan secara ‘mulut ke mulut’ melalui kenalan yang dipercayai dan diupah dengan bayaran RM50 setiap pelanggan.

“Siasatan awal ke atas kakitangan klinik swasta berkenaan mendapati mereka tidak terbabit dalam kegiatan pemalsuan sijil vaksinasi itu,” katanya hari ini.

Rohaimi berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 51 tahun itu mengaku sebagai golongan antivaksin namun mengambil suntikan atas tuntutan kerja.

Katanya, perkhidmatan pemalsuan sijil itu dilakukan suspek secara bersendirian di kliniknya dengan kebanyakan urusan dilakukan secara dalam talian, termasuk menerusi emel.

Terdahulu, Polis Terengganu membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu dengan merampas hampir 100 keping kad temu janji vaksinasi.

Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang membawa kepada penahanan seorang doktor lelaki berusia 51 tahun di sebuah klinik swasta di Marang kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles