fbpx

Ibu letak anak dijangkiti Covid-19 di dalam but kereta

HOUSTON – Seorang ibu di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) meletakkan seorang anak lelakinya yang disahkan dijangkiti Covid-19 di tempat simpananan barang atau but kereta milik wanita itu baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku selepas Beam meletakkan anaknya itu di dalam but kereta dan menuju ke sebuah pusat pandu lalu bagi pemeriksaan pengesanan Covid-19 di bandar raya Houston.

Bagaimanapun, seorang pengarah perkhidmatan kecemasan di pusat mengesan Covid-19 itu mendengar bunyi dari dalam but kereta tersebut.

Beam yang berumur 40an kemudian memberitahu pengarah tersebut bahawa anaknya telah disahkan dijangkiti Covid-19 dalam satu ujian sebelum ini dan dia perlu dikuarantinkan.

Justeru, dia meletakkan anaknya di dalam but keretanya untuk pergi ke sebuah pusat ujian Covid-19 yang lain bagi mendapatkan pengesahan yang kedua.

Beam yang bertugas sebagai seorang guru juga memberitahu pengarah berkenaan bahawa tindakannya meletakkan anaknya di dalam but kereta tersebut adalah bagi mengelakkan dia turut terkena jangkitan Covid-19.

Namun, pengarah berkenaan memberitahu wanita tersebut bahawa pihaknya akan melakukan ujian terhadap anaknya jika dia duduk di tempat duduk belakang keretanya.

Polis kemudian dihubungi ke tapak ujian pengesanan Covid-19 itu sebelum waran tangkap ke atas wanita berkenaan dikeluarkan. – Agensi

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles