fbpx

Marilah Kita KEMBALI Ke Masjid!

Pagi ini solat subuh berjemaah di masjid dan imam membacakan surah As-Sajadah serta membawa sujud sajadah… Saya rasa amat bersyukur atas peluang dan nikmat berjemaah hari ini.

Saya sangat kagum masya-Allah dengan masjid yang saya hadir ini. Saf solat subuhnya mengikut jarak SOP namun safnya hampir penuh sampai ke belakang dan begitulah keadaanya hampir tiap-tiap Subuh.

1-Sedikit sebanyak ia menjentik hati saya betapa imarahnya masjid ini dan menjadi tanda betapa ramai orang istiqomah ke masjid untuk solat apatah lagi pada waktu subuh sedangkan ianya bukanlah mudah.

2- Cuma betapa saya berharap ianya berlaku di semua masjid seluruh Malaysia apatah lagi dengan pelbagai peringatan Allah swt dan bertubi-tubi bencana demi bencana dariNya buat kita semua sejak 2-tahun ini.

3- Dan saya juga berharap anak-anak lelaki dibawah 12 tahun terutamanya dibenarkan untuk ikut ke masjid mengikut SOP terutamanya untuk solat berjemaah sama ada solat fardhu atau solat Jumaat.

4- Saya juga berharap tidak di letakkan had untuk lebih ramai jemaah boleh solat di masjid untuk solat jumaat asalkan semuanya mengikut jarak dan SOP yang perlu apatah lagi majoriti ramai telah pun divaksin.

Bukankah pihak berkuasa sendiri mengatakan bila telah divaksin, semua ini akan diberikan sedikit kelonggaran dan kemudahan?

Adakah nilaian kelonggaran hanya pada aktiviti yang menguntungkan ekonomi negara dan aktiviti mendekatkan diri kepada Tuhan memohon bantuanNya adalah sesuatu yang tidak penting?

Sedangkan seluruh rezeki dan bencana semuanya dari Allah ? Bukankah pemimpin kita ramai orang Islam?

Saya harap had berjemaah di longgarkan mengikut saiz kapasiti masjid tersebut… had untuk solat ini berlaku hanya di beberapa negeri sahaja sedangkan ada negeri telah lama melonggarkan hadnya mengikut saiz kapasiti masjid tersebut!

Inilah harapan dan doa saya hari ini! Kita perlu KEMBALI mendekati-Nya secara individu dan berjemaah dan ia amat penting untuk kita semua!

Mohon bantuan Allah SWT paling utama! Tempat you all boleh ke masjid atau ada yang masih tutup?

Wallahu A’lam

DW

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles