fbpx

Selagi belum mati, jangan mengalah

BARU-BARU  ini genap setahun saya berjuang melawan Covid untuk hidup di atas katil ICU Hospital Sungai Buloh.

Ketika itu sekumpulan doktor pakar berbincang, mereka mula memberi isyarat harapan untuk saya kembali pulih semakin tipis berikutan serangan Covid ke atas paru-paru sangat ekstrem sehinggakan tahap oksigen dalam menurun ke paras berbahaya.

Beginilah keadaan saya ketika dimasukkan ke dalam wad ICU, Hospital Sungai Buloh kira-kira setahun lalu.

Perasaan ketika itu sangat mendebarkan sementelah ibu mertua saya yang turut dirawat di hospital sama akibat dijangkiti Covid akhirnya dijemput  ke rahmatullah pada hari Ahad, 24 Januari 2021.

Tatkala maut sudah menjadi hampir bagai dalam kerlipan mata, saya belajar 5 perkara:

1) Allah SWT boleh uji kita bila-bila masa. Hidup ini seluruhnya adalah ujian. Umpama kita dalam permainan “video game”… bila-bila pun boleh ada ujian. Cabaran dalam pelbagai bentuk, kecil atau besar, dari mana sahaja dan kita perlu sentiasa bersedia bertindak balas dengan baik dan pantas.

2) Setiap perkara ada proses. Contoh bila saya dalam tempoh pemulihan. Doktor pakar saya berpesan, kembali sihat seperti sebelum dijangkiti Covid mengambil masa,  mungkin 3 hingga 6 bulan. Kata mereka, jangan paksa diri, beri peluang badan cukup masa untuk beradaptasi. Pakar berpesan, jaga permakanan, tidur dengan  cukup (walhal masa tu susah gila nak tidur) dan banyakkan berehat daripada terlalu banyak berfikir atau stres kerana stres akan melambatkan proses pemulihan.

3) Jujurnya, semua yang berlaku buat saya lebih menghargai kehidupan dan orang sekeliling saya serta seluruh anak didik saya dan ramai yang mendoakan saya ketika saya sakit.

4) Hidup ini betul-betul singkat. Sampai masa kita akan pergi jua. Cepat lambat bukan urusan kita tetapi ketika ada ruang dan peluang, apakah yang kita buat dengannya? Gunakan “aset masa” yang ada untuk buat perkara yang baik walaupun hanya bersama keluarga atau gunakan masa untuk bantu orang lain dengan kerja atau bisnes kita.

5) Selagi belum mati, jangan mengalah. Semua orang ada 24 jam. Jumlah jam yang sama. Kita hidup, orang lain pun hidup. Play big! Dan apa yang trigger saya ini membuatkan saya lebih berani play big. Saya melangkah menjadi antara pelabur utama dalam syarikat di Bursa Malaysia – MPay Berhad dan banyak lagi tindakan lebih berani.

Terima kasih kerana sentiasa doakan saya

Love.

DW

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles