fbpx

Mampukah usahawan PMKS bertahan dalam keadaan yang mencabar sekarang?

PERSOALAN sama ada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mampu meneruskan bisnes masing-masing bakal terjawab dan diperjelaskan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam Siri Klinik Usahawan Bina Bisnes Berjaya yang bermula 3 petang ini.

POSTER program Bina Bisnes Berjaya selama tiga hari anjuran RichWorks yang dijadualkan berlangsung secara dalam talian mulai 4 Mac hingga 6 Mac 2022.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), Radz Mohd. dalam satu kenyataan di Shah Alam menejelaskan, program tersebut dinanti-nantikan para peserta untuk mendapatkan panduan dan latihan kami yang berpengalaman dalam transformasikan sesebuah bisnes.

Katanya, ilmu dan bimbingan disampaikan Azizan bersama RichWorks bukannya sekadar teori sebaliknya praktikal malah terbukti berjaya.

“Realitinya, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) kini sedang berdepan berbagai cabaran dengan ketidaktentuan tahun ini.

“Namun bila ada ilmu ditambah bimbingan mentor, usahawan kami dapat bertahan bahkan berkembang dengan ramai sudah pun capai jualan lebih RM10 juta pada Januari hingga Februari saja,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Siri Klinik Usahawan Bina Bisnes Berjaya – Branding & Marketing 2022 merupakan program 3 hari di mana Azizan akan memfokuskan aspek penting membina bisnes yang berjaya, macam mana nak berdepan cabaran semasa, soal penjenamaan dan pemasaran berkesan pada tahun ini.

Radz menambah lagi, itulah bukti yang menunjukkan bahawa cabaran itu dapat diatasi bila ada ilmu dan tunjuk ajar daripada orang yang betul.

“Sejak hampir 14 tahun lalu, kepakaran RichWorks dalam transformasikan bisnes seseorang dari kosong ataupun sudah bertahun-tahun berniaga akhirnya berjaya mencapai jualan berjuta ringgit.

“Azizan yang sudah beratus malah beribu bisnes dibimbing mempunyai ‘formula’ buat usahawan mampu bina bisnes berjaya,” ujarnya.

Sehubungan itu, Radz menyeru agar usahawan di luar sana untuk beri peluang kepada diri agar dapat bertahan malah berkembang dalam situasi lebih mencabar ini.

“Jika anda terus lakukan perkara sama, tapi mahukan hasil yang lebih baik boleh dikatakan mustahil,” tegasnya.

Radz juga mengingatkan kepada 30,000 peserta untuk menggunakan pautan Zoom unik dihantar ke emel masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, hubungi pasukan RichWorks sekarang di talian 019-2442244.

faizal
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles