fbpx

England tinjau potensi Vape jamin masa depan bebas rokok

Ufa, Russia, Vape Shop, 3 July, 2020: Vaping pen, vape devices, mods for electronic cigarette or e cigarette, e cig

KUALA LUMPUR – England mungkin bakal melesenkan vape sebagai satu langkah perubatan untuk membantu perokok menghentikan merokok, selaras dengan pandangan Persatuan Perubatan British mengenai pengurangan kemudaratan tembakau.

Negara yang merupakan peneraju strategi pengurangan kemudaratan, kini sedang mengkaji semula inisiatif Smokefree 2030 iaitu sebuah inisiatif yang bertujuan menjadikan England sebagai negara “bebas asap rokok”.

Walaupun England telah menjalankan usaha yang cemerlang untuk membendung tabiat merokok, tembakau kekal sebagai punca terbesar penyakit dan kematian yang boleh dicegah di negara itu. Pada 2019, sekurang-kurangnya satu perempat daripada kematian dalam semua kes kanser dianggarkan berpunca daripada merokok, satu tabiat yang masih berleluasa di kawasan yang lebih miskin.

Kini, laporan mengenai kaji semula yang ditugaskan oleh Jabatan Kesihatan akan dikeluarkan dan laporan tersebut dijangka bakal mempromosi e-rokok atau vape sebagai alternatif yang kurang memudaratkan berbanding merokok.

Javed Khan yang mengetuai kaji semula tersebut sebelum ini telah memberi bayangan mengenai perkara ini apabila dia berkata bahawa dia sedang mempertimbangkan “julat campur tangan kritikal” yang mempunyai impak terbesar.

“Sebagai contoh, saya telah melihat promosi vape sebagai alternatif yang kurang memudaratkan dan memainkan peranan besar bagi Sistem Kesihatan Negara dalam menghentikan tabiat merokok dan keperluan untuk menangani penjualan tembakau haram,” katanya menjawab pelantikannya pada Februari.

Sejak 2017, kerajaan UK telah menggalakkan daerah untuk membangunkan strategi kawalan tembakau mereka sendiri yang mengguna pakai konsep pengurangan kemudaratan termasuk vape.

Walaupun pakar kesihatan menasihatkan agar tidak menggunakan nikotin, ramai yang berpendapat bahawa vape adalah jauh lebih rendah bahaya daripada rokok yang mudah terbakar dan telah membunuh kira-kira 7 juta orang setahun.

Persatuan Perubatan British malah telah mencadangkan agar e-rokok dilesenkan sebagai ubat supaya doktor boleh mengesyorkannya kepada mereka yang ingin berhenti merokok.

Cadangan sedemikian, jika diterima pakai akan nambahkan bilangan kajian yang menunjukkan keberkesanan vape dalam membantu orang ramai berhenti merokok.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles