3 JULAI: Maimun Yusuf atau lebih dikenali sebagai Tok Mun merupakan calon wakil rakyat tertua dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 (PRU-12) meninggal dunia hari ini.
Arwah mengejutkan orang ramai kerana bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Terengganu.
Tok Mun, 103 tahun yang menghidap kanser, masalah hati dan buah pinggang meninggal dunia di rumahnya di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu pada jam 3.30 petang.
Cucu arwah, Tuan Norazlina Tuan Lah, 51, berkata kematian Tok Mun disedari anak saudaranya, Meriam Mamat, 72, ketika menghantar makanan petang tadi.
“Terkejut dengan keadaan itu, ibu saudara kemudian segera memberitahu suaminya sebelum kami semua datang untuk menguruskan jasad arwah,” katanya.