Buat video ‘prank’ tarik tudung, YouTuber kena dakwa

KUALA LUMPUR – Gara-gara membuat video ‘prank’ menarik tudung dua wanita yang mengundang kemarahan netizen di media sosial, seorang lelaki menerima akibatnya apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di sini pada jam 7.30 malam tadi.

“Satu kertas siasatan dibuka, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, seorang YouTuber telah memohon maaf atas keterlanjurannya memuat naik video ‘prank’ menarik tudung dua wanita di saluran YouTubenya.

Dalam video sama, dua wanita terbabit turut memohon maaf kepada semua yang tersinggung selepas menonton rakaman yang tular itu.

Menerusi video terdahulu, lelaki tersebut menjelaskan video dimuat naik itu adalah eksperimen sosial dilakukannya untuk melihat sejauh mana reaksi netizen dan turut memberitahu dua wanita yang kononnya menjadi mangsa ‘prank’ adalah rakannya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles