fbpx

Tiga bulan dalam penjara, penyanyi Yasin dilepas hukuman gantung sampai mati

PETALING JAYA – Penyanyi yang terkenal dengan lagu Mimpi Laila, Muhammad Yasin Sulaiman terlepas daripada hukuman gantung sampai mati apabila pertuduhan mengedar ganja terhadapnya sebelum ini digugurkan.

Ia susulan keputusan Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas tanpa membebaskan selebriti daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram, Mac lalu.

Seorang pegawai polis menunjukkan pokok ganja yang dirampas dari kediaman penyanyi Yasin dalam satu sindang media di ibu negara baru-baru ini.

“Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,” katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.

Sebahagian pokok ganja yang dirampas pihak polis.

Sementara itu, abang Yasin, Zain Sulaiman, 50, berkata, mereka sekeluarga bersyukur dengan keputusan Mahkamah Majistret hari ini biarpun adiknya itu tidak dapat beraya bersama pada Aidiladha nanti.

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman (tengah) tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini, bagi sebutan kes atas dua pertuduhan menanam 17 pokok ganja dan mengedar 214 gram dadah, yang dihadapinya pada 31 Mac lepas. –fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun Alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes yang Yasin hadapi ini.

“Saya harap rakan-rakan, teman akan terus mendoakan untuk Yasin,” katanya.

Bagaimanapun tuduhan miliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram  mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dikekalkan.

Jika sabit kesalahan, Muhammad Yasin  boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.

faizal
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles