fbpx

Guna minyak masak lebih 3 kali, 7 risiko kepada kesihatan

ISU minyak masak menjadi topik hangat ketika ini. Selain harga minyak masak sawit botol di pasaran semakin mahal, minyak masak pek polibeg 1 kg yang masih kekal pada harga RM2.50 sukar untuk diperoleh.

Hal tersebut berlaku ekoran pembelian panik yang dilakukan oleh pengguna lantaran pemansuhan subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram sejak 1 Julai lalu.

Lebih merisaukan, pengguna mengambil jalan singkat dengan menggunakan minyak masak lebih tiga kali sebagai langkah penjimatan.

Susulan itu, Public Health Malaysia menerusi hantaran di Facebook mengingatkan semasa menggoreng minyak masak melepaskan sisa toksik yang dipanggil aldehydes di mana sisa toksik itu akan tertinggal di dalam minyak.

Makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak masak berulang kali akan menyerap sisa toksik tersebut. Inilah bahan bahaya yang menyebabkan kanser.

Selain itu, radikal bebas yang dihasilkan akan menyebabkan radang dalam tubuh. Akibatnya, seseorang itu boleh mendapat penyakit seperti masalah kegemukan, kencing manis, strok dan jantung.

Jika diperhatikan semula, tekak akan berasa perit dan pedih selepas makan makanan bergoreng yang menggunakan minyak masak berulang. Ini adalah disebabkan keadaan berasid minyak masak terpakai.

Tujuh risiko untuk kesihatan diri apabila menggunakan minyak masak lebih daripada tiga kali ialah risiko kanser, penyakit jantung, kolestrol meningkat, hasil radikal bebas menyebabkan radang, pembentukan Lemak-Trans, penyakit Alzheimer, Parkinson dan menyebabkan salur darah tersumbat.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles