fbpx

Belasah seorang pelajar, enam pelajar perempuan ditahan

KOTA KINABALU – Enam pelajar perempuan dan seorang bekas pelajar dari sebuah sekolah menengah di Inanam ditahan polis selepas video mereka membelasah seorang pelajar lain tular di media sosial sejak semalam.

Semua individu berusia antara 13 hingga 17 tahun itu ditahan pada jam 11.52 malam di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu sejurus laporan polis dibuat oleh bapa mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, susulan laporan berkenaan polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian itu.

“Seramai enam pelajar dari sekolah yang sama dan juga seorang remaja berusia 17 tahun yang juga merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi menegaskan bahawa polis memandang berat kes berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk perbuatan membuli dan atau kekerasan yang melibatkan pelajar sekolah di daerah ini.

Sebelum itu, tular satu video berdurasi 21 saat di aplikasi WhatsApp dan Facebook yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan membelasah seorang pelajar lain di sebuah kawasan lapang.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles