fbpx

Anak buaya ditemui di dalam kolam renang

buaya pool
Seekor anak buaya ditangkap di dalam sebuah kolam renang di sebuah kediaman di Rosebery baru-baru ini. – Foto Josh Bailey/calipsopoolsandspas/Instagram

DARWIN – Seorang juruteknik kolam mengalami ketakutan apabila dia menemui seekor anak buaya air tawar di ruang penapis pembersih sebuah kolam renang di sebuah kediaman di Rosebery, selatan Palmerston, di Northern Territory baru-baru ini.

Pekerja itu terserempak dengan reptilia itu apabila dia dipanggil untuk datang ke kediaman berkenaan untuk membersihkan kolam tersebut.

Pasukan Renjer Taman Tempatan dan Hidupan Liar kemudian dipanggil ke tempat penginapan itu dan mengambil haiwan tersebut dari kolam berkenaan.

Seorang anggota renjer itu bertindak dengan mencedok anak buaya tersebut ke dalam peralatan jaringnya.

Calipso Pools iaitu kedai pembersihan kolam renang menyatakan bahawa penemuan itu merupakan amaran kepada penduduk di beberapa bahagian di Australia untuk melihat apa yang terdapat di adalam kolam renang semasa  melakukan keja-kerja pembersihan. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles