fbpx

Wanita dibaham ikan jerung di tepi pantai Mesir

Pantai di Sahl Hasheeh terkenal sebagai lokasi pelancongan di Mesir. – Foto Tripadvisor

KAHERAH – Seorang wanita Austria diserang oleh seekor ikan jerung ketika dia berenang tidak jauh dari pantai di Sahl Hasheeh, Mesir baru-baru ini.

Tangan dan kaki wanita yang berumur 68 tahun itu dibaham oleh ikan jerung tersebut.

Dia meninggal dunia akibat kejutan yang menyakitkan kemungkinan besar akibat serangan jantung  selepas serangan itu pada Jumaat lalu.

Rakaman video menunjukkan wanita tersebut berteriak  apabila air laut di sekelilingnya bertukar menjadi merah akibat darahnya sendiri.

Orang ramai yang ketakutan cuba mengalihkan perhatian haiwan itu tetapi tiada siapa yang terjun ke dalam laut untuk membantunya.

Selepas dia berjaya kembali di tepi pantai,  doktor memberikannya bantuan pernafasan di tempat kejadian.

Namun, wanita itu meninggal dunia  beberapa minit kemudian di dalam ambulans.

Rakaman video itu dibuat oleh seorang pelancong Rusia.

Wanita itu dilaporkan telah berkahwin dengan seorang lelaki Mesir dan tinggal di negara berkenaan.

Serangan ikan jerung di Mesir jarang berlaku sebelum ini. – Agensi 

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles