fbpx

Pemancing dapat ikan paling hodoh di Australia

Inilah ikan hodoh yang ditangkap Jason Moyce di New South Wales baru-baru ini. – Foto Trapman Bermagui

SYDNEY – Seorang lelaki di Australia meminta para pengguna media sosial membantunya mengenal pasti seekor ikan misteri yang berjaya ditangkapnya baru-baru ini.

Lelaki itu yang merupakan seorang nelayan profesional, Jason Moyce berkongsi gambar makhluk yang tidak dikenali itu di media sosial yang ditangkapnya di New South Wales.

Dia yang juga menggunakan nama samaran Trapman Bermagui menyifatkan tangkapannya itu sebagai ikan paling hodoh yang pernah dilihatnya.

Nelayan profesional itu memberitahu Newsweek bahawa ikan itu seberat 4 kilogram dan ditangkap di perairan sedalam lebih 500 meter.

Dia sendiri mencadangkan hidupan laut dalam yang ditangkap itu adalah blobfish.

Ikan itu juga mempunyai gigi yang tajam.

Foto itu mendapat ratusan reaksi dan komen dalam tempoh beberapa jam termasuk daripada seorang netizen apabila Moyce mencadangkan dia mungkin memakannya.

“Jangan sekali-kali memasukkan apa-apa ke dalam mulut (anda) yang anda tidak dapat kenal pasti,” tulis Sylvia Edwards di media sosial. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles