fbpx

Impian pemegang rekod dunia, Gidey rangkul emas acara 10,000m tercapai

PELARI wanita dari Ethiopia yang juga pemegang rekod dunia, Letesenbet Gidey berjaya merangkul emas selepas memenangi acara 10,000 meter di Kejohanan Olahraga Dunia di Eugene, Amerika Syarikat, semalam, lapor Xinhua.

Gidey, yang memenangi gangsa dalam Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu, mencatat masa 30 minit 09.94 saat.

Pelari Kenya, Hellen Obiri meraih perak dengan catatan masa 30:10.02 manakala rakan senegaranya Margaret Chelimo Kipkemboi memperoleh gangsa dengan catatan masa 30:10.07.

Gidey, 24, yang juga pemegang rekod dunia acara 5,000 dan 10,000 meter berkata, impiannya kini menjadi kenyataan.

“Ini adalah matlamat paling utama saya.

“Kemenangan ini amat bermakna berbanding rekod dunia, saya sangat gembira dengan pencapaian ini.

“Sejak 2019 lagi saya impikan untuk menang emas,” katanya.

Gidey yakin dapat menambah pungutan emasnya dalam acara 5,000 meter.

“Saya ada impian seterusnya iaitu memenangi emas pada acara 5,000 meter.

“Saya yakin saya boleh,” katanya. – BERNAMA

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles