fbpx

Filem Mat Kilau raih RM80 juta

FILEM ‘Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan’ terus mendapat perhatian apabila jualan tiket meningkat lebih RM80 juta selepas 25 hari ditayangkan di pawagam di seluruh negara, Singapura dan Brunei.

Pengarahnya, Syamsul Yusof bersyukur filem yang mengangkat kisah kepahlawanan Melayu itu terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah terima kasih penonton! Masanya sudah tiba, industri filem Malaysia perlu bangkit.

Pada yang memberi komen positif untuk filem saya, syukur dan terima kasih. Saya amat terharu dan hargai anda,” katanya menerusi Instagram hari ini.

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang diterbitkan Studio Kembara Sdn Bhd diterajui Datuk Adi Putra yang menghidupkan watak pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau.

Dalam pada itu, Syamsul turut berjanji mahu terus fokus dan membawa industri perfileman tempatan ke peringkat yang lebih baik biarpun terlalu banyak kelemahan dalam sektor itu.

Pengarah muda itu turut berlapang dada meskipun ada yang mengatakan filem terbarunya itu sebagai sampah dan lemah.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles