fbpx

Lelaki maut diserang sawan ketika seks ganas di hotel

FLORENCE – Seorang lelaki warga Britain maut manakala seorang wanita cedera parah selepas disyaki terlibat dengan aktiviti seks ganas di sebuah hotel mewah di Florence.

Lelaki berusia 40 tahun itu difahamkan mengalami sawan ketika mengambil bahagian dalam aktiviti seks dengan pasangannya yang berusia 43 tahun.

Sumber polis tempatan memberitahu MailOnline: “Pada masa ini kami mempunyai dua teori iaitu aktiviti erotik yang salah atau berlaku keganasan domestik, tetapi kami syak ia merupakan aktiviti seks.”

Mangsa ditemui petugas hotel dalam keadaan mengerikan sebelum memanggil bantuan kecemasan.

Paramedik bergegas ke Hotel Continentale yang bertaraf empat bintang di tengah Florence dan membawa wanita itu ke Hospital Careggi. Dia kini dilaporkan berada dalam keadaan serius tetapi stabil.

Pasangan itu dilaporkan bekerja sebagai ejen hartanah dari kawasan Manchester. – DAILY MAIL

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles